29/04/2019

Aktiviti Keagamaan Buddha Sempena Sambutan Hari Guru ke-48 Peringkat Negeri Sarawak

Seramai 15 warga pendidikan dari daerah Sri Aman dan Lubok Antu  serta 15 anggota persatuan dan masyarakat setempat terlibat pada aktiviti pada pagi 28 April 2019.

Wakil dari Persatuan Buddha Batang Lupar mengajar para hadirin cara-cara bermeditasi minda sendiri tatkala menghadapi beban dan tekanan tugas yang berat dan sibuk.


Mesyuarat Penyelarasan antara Jabatan-jabatan di Pejabat Residen Sri Aman


Mesyuarat Penyelarasan Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru 2019

Mesyuarat Penyelarasan Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru 2019 bertempat di SMK Simanggang. Kehadiran semua AJK Pameran Pendidikan dan pegawai dari PPD Sri Aman.





14/04/2019

Siapakah Adiwira Paling Agung?

Jika ditanya kepada saya, siapakah adiwira yang paling agung di seluruh galaksi; jawapan saya ialah guru. Siapakah pahlawan yang paling hebat dari seluruh peradaban; jawabnya ialah guru. Merekalah nakhoda yang sedang melahirkan angkatan pemimpin masa hadapan